Tuesday, December 31, 2013
Hafiz + EKin (aku,mereka dan detik..)
Salam semua....
Pada 24/11/13 sempatlah aku mengasah bakat sikit dalam mengambil gambar dan edit... tapi apa-apa pun banyak lagi nih kena belajar.. Kat blog nih sempatlah aku mengupload gambar-gambar dengan keizinan pengantin yang dua-dua comel nih.
-Gambar 1
Gambar yang diambil tu dekat rumah pengantin perempuan. Sebelah pihak pengantin perempuan telah melangsungkan acara pernikahan, dan bersanding pada hari yang sama, jadi sempatlah aku ambil gambar untuk pernikahan dan bersanding.
-Gambar 2 & 3
Outdoor session nih dijalankan dekat umah mak sedara aku dan juga dekat sg rambai melaka.
-Gambar 4
Suka-suka ambil gambar majlis sebelah pihak pengantin lelaki (job aku sebelah perempuan jerr)
-Gambar 5 dan seterusnya
Gambar custom album yang aku siapakan (edit n printing). Sajer nak promote kat sini kalo-kalo ada yang berminat nak buat custom album,photobook dan lain-lain.
Monday, December 23, 2013
Holidays..
Allhamdulilah.. Sekali lagi boleh bawak keluarga kecilku ini berjalan-jalan dihujung tahun. Walaupun lokasi percutian tidak jauh dari rumah (Pantai Morib & Melaka), tetapi keseronokkan berehat dengan keluarga itu satu kenikmatan bagiku.. Allhamdulilah...
Selain tu dapat berjumpa dengan kawan-kawan sekolah (mat duang n family,ecer n family,yen n family) dekat Melaka, menjadikan percutian ini bertambah menarik. Terima kasih kepada tuan rumah Mat Duang(bukan nama sebenar) kerana belanja kami makan seafood. Dan kepada 3 orang lagi tu bila kita boleh berkumpul ramai-ramai.
Wednesday, August 14, 2013
Selamat Hari Raya Part 1
Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat semua. Segala salah dan silap zahir dan batin mohon diampun. Semoga tahun depan diharap dapat berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal. Gambar-gambar yang diambil tu semuanya dekat rumah tokki Zahin...
Saturday, July 27, 2013
Tupai lagi...
Mungkin dah agak terlewat nak ucap selamat berpuasa kerana dah tinggal beberapa hari lagi nak raya. Tapi apa-apa hal pon nak ucap gak selamat berpuasa. Kerana selalu buat-buat bizi, jadik bulan nih lambatlah sikit keluarkan post baru.
Nih nak tanya sikit pernahkan anda terfikir bahawa dengan izin tuhan kita selalau cuba menyelesaikan masalah-masalah yang besar tetapi masalah-masalah yang kecil jarang kita endahkan. Nih ada satu kisah nak diceritakan.
Ceritanya bermula begini....jeng.jeng.... Ada satu keluarga tupai yang terdiri daripada ayah tupai, ibu tupai dan anak tupai.. Mereka tinggal didalam sebuah rumah yang agak besar. Kerja ayah tupai adalah memasang paip minyak daripada pelantar minyak ke darat (kerja oil and gas lah kononnya). Paip-paip yang dipasang oleh ayah tupai adalah 24 inci, 36 inci dan banyak saiz lagi. Ibu tupai adalah surirumah sepenuh masa. anak tupai pulak belum baligh lagi.
Nak tambah sikit lagi garam dalam cerita nih, ayah tupai nih selalu berjaya menyiapkan paip-paip yang dipasangnya mengikut jadual. Majikan ayah tupai selalu memujinya.
Nak dijadikan cerita suatu hari ibu tupai meminta pertolongan ayah tupai untuk membaiki sinki basuh pingang yang tersumbat, tetapi malangnya ayah tupai wat derkkk jerrr (buat-buat tak tahu). Terpaksalah ibu tupai buat sendiri. Almaklumlah ibu tupai nih tak tahu sangat sistem perpaipan sinki tersebut. dia ingatkan dengan cucuk sikit dalam lubang sinki akan menyelesaikan sinki terusmbat tu, tetapi itu hanya penyelesaian sementara sahaja.
Selang beberapa hari sinki basuh pingang dirumah situpai terjadi lagi dan kali ini ibu tupai tidak berjaya menyelesaikan masalah sinki tersumbat itu, dan bertambah malangnya ayah tupai pulak ada kerja di luar negara. Masalah sinki tersumbat itu semakin teruk sehinggakan satu rumah situpai berbau busuk. Masalah bau busuk ini merebak ke jiran-jiran situpai, lepas tu ke daerah situpai dan akhirnya satu negeri berbau busuk.
Bau busuk yang amat sangat ini menjadi tajuk berita utama didalam Buletin Utama TV300, dan ayah tupai yang berada di luar negara menonton Buletin Utama TV300 sambil mulut terlopongggggg.............................
Tuesday, June 18, 2013
Putrajaya...
Dah lama dah tak edit gambar..nih baru jer ada masa nak mengedit gambar. Cuba menggunakan cross process dengan black and white..
"Orang yang paling berbahagia
adalah orang yang mempunyai hati yang bersih,
memiliki badan yang sabar dan tangannya selalu puas
dengan apa yang dimilikinya"
(Salafunasshalihin)
Thursday, June 13, 2013
Roti Coklat
Comot sikit budak nih..Nih baru lepas makan roti coklat tu mulut comot tu..Cakap pasal roti coklat teringat satu cerita;
Ceritanya begini;
Di suatu kampung tinggal sepasang suami isteri. Mereka tinggal di sebuah rumah yang sederhana. Hidup mereka sangat bahagia. Sang suami ada kegemarnnya. Kegemarnya adalah makan roti dengan disapu coklat jenama xx. Tetapi malangnya si isteri alah pada coklat. maka si suami jer yang makan roti coklat tesebut. Botol coklat tesebut disimpan di dalam peti sejuk. Jika si suami nak makan roti coklat, si isteri pon akan buatkan roti coklat tersebut.
Nak dijadikan cerita, suatu hari si suami meminta tolong si isteri buatkan roti coklat untuknya, tetapi malangnya botol coklat tiada didalam peti sejuk.
isteri: bang...maaf x boleh buat roti coklatlah...
suami: kenapa?
isteri; botol coklat tak ada?
suami: kan botol coklat tu duduk dalam peti sejuk jerr...takkan ada kaki kot.
isteri: tak ada bang.......
suami: aik..semalam saya dah beli baru botol coklat tu..dah letak dah dalam peti sejuk..
isteri: tak ada..
suami: awak makan ek...pastu awak letak kat lain. kan saya dah kata..lepas makan letak balik kat tempat asalnya...........(dengan nada marah)
isteri: tapi abang...........
suami; awak selalu macam tu.........eeeeeeeeeeeee(sang suami sudah bertukar menjadi hijau..kononya)
Oleh kerana roti coklat adalah kegemaran si suami. Si suami terus pergi ke kedai untuk beli botol coklat baru. Sampai sahaja di rumah, si isteri terus menyambutnya. Si suami masih masam mencuka.
isteri: bang saya dah jumpa dah botol coklat yang abang beli.
suami: kat mana?
isteri: dekat meja kerja abang?
Dengan muka terkebil-kebil, barulah si suami teringat....... Si isteri terus belalu pergi membuatkan roti coklat si suami....
dengan emosi yang tak stabil, kita mudah menyalahkan orang tanpa usul periksa.....fikir-fikirkanlah.........
Monday, June 10, 2013
Arnab Senang
Salam......
Kat dalam nih ada gambar tupai...tapi dah lari dah...gambar nih diambil waktu bercuti kat kampung haritu..Tapi bukanlah nak cerita pasal gambar nih sangat. Nih nak cerita tupai yang lari dari gambar tu..
Kisahnya bermuala begini..Pada suatu hari situpai ternampak seseorang hendak mengambil gambarnya(akulah tu), dia pun mulalah berposing maut..nak masuk gambar cam selebriti tu...Tiba-tiba dia rasa lapar teruslah dia lari dari fotoshoot tersebut untuk mencari makanan...
Sedang sang tupai mencari makanan, dia terlihat seekor arnab sedang ke hulu kehilir di tanah yang lapang. Daripada riak wajahnya dan cara fizikalnya, si tupai mengagak arnab nih sedang mencari sesuatu..
"apa yang kau cari nih arnab"
"aku cari gigi palsu aku'
"ooo kau cari gigi palsu.."
Kerana kasihankan arnab, si tupai pon tolong mencari gigi palsu arnab di tanah yang lapang itu walaupun perutnya bekeriutttt lapar..Sudah 3 jam mereka mencari..tapi gigi palsu sang arnab mesih belum dijumpai.
"arnab, gigi palsu kau betul ker jatuh kat sini"tanya situpai
"tak, gigi palsu aku jatuh kat dalam paya sebelah sana"arnab menjawab soalan tupai bersahaja
"habis apasal kita cari kat sini?" tanya situpai
"Dah kat paya tu penuh dengan semak, kotor dan susah nak cari. Aku carilah kat sini..kat sini senang dan tak kotorkan bulu aku nih"
Situpai terkedu dengan jawapan arnab........perut situpai semakin bekeriutttt kelaparan......................
Fikir-fikirkanlah........
Wednesday, June 5, 2013
Pernahkah anda...
Assalamualaikum...dan salam sejahtera..
Semoga sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Hari nih nak bertanya kepada diri saya dan anda, pernakah dua situasi atau situasi yang hampir sama dibawah berlaku kepada diri saya sendiri atau anda;
SITUASI 1;
Pada suatu hari, semasa memandu kereta, tayar kereta saya pecah dan hampir-hampir menyebabkan kemalangan. Akibat daripada insiden itu, cermin sisi kereta saya pecah, bumper depan kereta calar dan tentulah sekali kena tukar tayar. Untuk menjimatkan kos, maka barang-barang kereta saya beli sendiri di kedai ganti.
Saya: Tokey mau cari alat gantilah
Tokey: Alat ganti apa?
Saya: Alat ganti untuk kereta saya Toyota Vios tahun 96
Tokey:ooooo..Apa mau beli?
Saya: Satu cermin sisi, satu tayar, satu bumper
Tokey: Cermin sisi belah mana?
Saya; Cermin sisi belah kiri, vios yang tahun 96 tau dan dia punya cover hitam
Tokey: Ok. Itu tayar dan bumper macammana
Saya: Tayar 14 inch nak jenama michelin kay dan bumper saya tu bumper depan.
SITUASI 2;
Pada suatu hari, isteri anda meminta anda membeli baju dan seluarnya; Sebagai suami yang baik (kononya)Tanpa membantah anda terus kekedai pakaian.
Saya:Cik, saya nak beli baju untuk isteri saya dengan seluar
Penjual: Encik nak beli baju macammana?Fesyen macammana?Warna apa?
Saya: Errrrr warna apa yang isteri aku suka ek?Errr cik suka warna apa?
Penjual:Merah..Saiz apa encik?
Saya: Rasa-rasanya isteri saya taklah besar dan taklah tinggi...Cik pakai baju saiz apa?
Penjual:Saya pakai saiz M.
Saya:Cik rasa, muat tak untuk isteri saya....
Penjual: Encik...isteri encik besar ker atau sama saiz saya?
Saya:Entahlerrr.....glupppp(telan air liur)
Penjual:Macam nilah encik..encik balik dulu, bawak isteri encik sekali baru senang. Takut nanti kalau salah
beli dah 2 kali kerja...
Macammana... adakah benda-benda material senang untuk diterangkan ciri-cirinya berbanding orang yang kita syangi. Situasi nih bukan untuk suami dan isteri jer,situasi nih boleh terjadi kepada abang adik, ibu anak dan kepada orang yang kita sayang. Sebab apa jadi macam nih fikir-fikirkan..........
Wednesday, May 29, 2013
Kisah Anak Tupai 2 (xder kaitan yang pertama)
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Nak bercerita sikit tentang seekor anak tupai dengan anak tikus (kisah nih takder kaitan ngn kisah yang dulu). Cerita yang penuh suspen dan mendebarkan. Sesuai untuk semua peringkat umur.
Ceritanya bermula begini, ada seekor anak tikus nih yang tinggal dalam sebuah rumah yang besar. Sebelah rumah besar tu ada satu pokok yang didiami oleh anak tupai. Anak tupai dan anak tikus nih berkawan baiklah sesama mereka berdua tanpa mengira perbezaan spesis. Untuk pengetahuan semua anak tupai nih ada belajar ilmu silap mata. Mereka berdua hidup aman setonsa.
Nak dijadikan cerita tuan rumah besar tersebut telah membawa balik seekor kucing. Maka pabila berdua mesti ada yang ketiga. Semenjak kucing tu duduk kat rumah besar tersebut, tidak amanlah si anak tikus nih.
Maka pada suatu hari anak tikus datang meminta pertolongan daripada anak tupai yang pandai buat silap mata nih.
"Tolong ubahkan diri aku jadi lebih besar dari kucing, hidup aku tidak tahan lagi"
Kerana sayang kan anak tikus nih, anak tupai pon jadikan anak tikus seperti kucing yang dipinta oleh anak tikus.
Setelah menjadi kucing yang besar, anak tikus tu pon mengejar si kucing tersebut sehingga kucing tu lari lintang pukang tak cukup tanah. Tidak lama kemudian anak tikus yang berubah menjadi kucing besar pergi berjalan jauh dari kawasan rumah tersebut sehingga sampai tepi sungai.
Sebaik sampai tepi sungai, datang seekor anjing mengejar anak tikus itu. Anak tikus pon lari. Anak tikus pergi jumpa lagi dengan kawan baiknya anak tupai.
"Tolong, tolong sahabatku. jadikan aku lebih besar dari anjing"
Anak tupai pon menolong anak tikus itu menjadi anjing yang lebih besar dengan silap matanya.
Sebaik sahaja anak tikus menjadi anjing yang besar terus dia keluar dari kawasan rumah besar itu dan terus mengejar anjing ynag mengejarnya dahulu.Oleh kerana anak tikus menjadi anjing yang besar maka bertempiaran larilah anjing tersebut. Anak tikus bersa bangga. Di berjalan menyusuri sungai tersebut.
Tiba-tiba dia ternampak beberapa orang budak sedang mandi manda. Apabila budak-budak tersebut memandang anak tikus yang bertukar anjing itu, mereka pon terus membaling batu ke anak tikus tu. anak tikus itu terus kembali kepada anak tupai.
"Tolong, tolong....tolong....mati aku"
"Mengapa anak tikus?"
"Aku dibaling batu dengan budak-budak. Tolong tukarkan aku, tukarkan aku....."
"Tak payah, tak boleh...."kata anak tupai
"Kenapa, why why?' tanya anak tikus kehairanan dengan sahabat baiknya..
"Anak tikuss...ooo anak tikus. Aku boleh tukarkan kau menjadi apa yang kau mahu tapi...apa gunanya
takder guna langsung, perabis berass jerrrrr, kalau selagi...."
"Selagi apa anak tupai?...tell me pleaseeeee.."
"Selagi kau hati tikus...hati pengecuttttttt" kata anak tupai.
Anak tikus terus terkedu dan tak dapat berkata apa...............
"Perubahan hanya boleh dilakukan apabila hati telah berubah"
Kredit untuk sebuah buku yang saya baca hasil dari tulisan PAHROL...saya menambah dengan cara saya sahaja...
Thursday, May 23, 2013
Hadiah..
Hadiah...banyak hadiah....tapi sayang, nih bukan hadiah aku pon. Nih hadiah isteri aku. Aku nih dapat tempias jerrr..
Beruntung sungguh jadi cikgu nih, Setiap kali 16 mei dapat jerr hadiah dari peminat. Cikgu nih cam artis pon ada. Sebab apa aku kata camtu, nih sebab dia;
1. Ada pernah orang biasa yang bukan cikgu, pergi jalan-jalan kat pasaraya ditegur orang camni "Eh awak nih cikgu anak saya kan.. Macam mana anak saya kat sekolah? ok kerr" atau "assalamualaikum cikgu" atau " Awak nih dari sekolah xx kan, haritu awak datang sekolah saya kan ".
2. Ada budak mencium tangan anda semasa nak balik dan melambai-lambai ke arah anda. Mesti tak ada kan kecualilah anda seorang cikgu
3.Dapat hadiah walaupun haritu bukan hari jadi anda. Mesti tak ada kan kecuali anda seorang cikgu
4.Mendapat panggilan daripada ibu bapa pelajar waktu cuti bertanyakan perihal anaknya. Mesti tak ada kan kecualilah anda seorang cikgu
5. Profession yang selalu mendapat perhatian didada-dada akhbar.
Tengok glamernya jadi cikgu.. Itu bahagian glamer jerr, bahagian tak glamernya, hangpa fikirkan sendirilah.. heheh( kalau selalu buka internet baca akhbar anda akan tahu dan sesiapa sahaja yang mempunyai isteri atau suami atau abang atau adik atau kakak yang professionnya cikgu, mesti mereka pon tahu). Apa-apahal selamat hari guru...
"Temanmu yang sesungguhnya adalah orang yang mau
melarangmu dari berbuat jahat dan musuhmu yang sebenarnya
adalah orang yang memujuk untuk berbuat kejahatan"
(Sayyidina Ali Bin Abi Thalib)
Friday, May 17, 2013
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum....
Salam sejahtera kepada semua. Disini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada isteri tersayang, cikgu cikgi sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti...Allhamdulillah dengan hasil pengorbanan anda dan juga ibubapaku (dengan izin tuhan) jadilah aku macam sekarang.
Sempena hari guru nih, saya nak letak beberapa lawak omputih;
a. Pupil: I don't think I deserved zero on this test!
Teacher: I agree, but that's the lowest mark I could give you!
b. Teacher: How can you make so many mistakes in just one day?
Pupil: I get up early!
c. Teacher: I told you to stand at the end of the line?
Pupil: I tried, but there was someone already there!
d. Mother: How was your first day at school?
Son: It was all right except for some man called "Teacher" who kept spoiling all our fun!
sumber:http://www.jokesaboutteachers.net/teacher_jokes_one.html
sebelum berhenti, satu kata-kata yang disampaikan oleh kawan sepejabat;
-Badan mengandungi 70% air, hati pula penuh dengan darah, kalau badan ditoreh keluarlah darah, kalau hati terluka keluarlah air mata
Wednesday, May 15, 2013
Sepetang di Tasik Titiwangsa
Tasik Titiwangsa... Tempat riadah bagi warga kota Kuala Lumpur. Kalau hari Sabtu dan Ahad tempat nih mesti penuh dengan lautan manusia. Ada yang datang untuk berjogging, berpiknik dan lain-lain lagi.
Petang Sabtu yang lepas, aku bawaklah isteri dan anak beriadah dekat Tasik Titiwangsa nih. Tujuan aku bawak anak dan isteri adalah untuk bagi peluang anak aku rasa dunia luar sikit.. Nih asyik terperap kat umah (standard budak yang duduk KL sebab ibu dan ayah duk sibuk kerja jerr...). Rasanya setakat tu jer nak tulis. Nanti lain kali sambung lagi sebelum tu.. Secangkir hikmah daripada Sayyidina Abubakar Ash-Shidiq;
"Tidak meminta-minta adalah hiasan kefakiran.
Bersyukur adalah perhiasan nikmat.
Sabar adalah perhiasan musibah.
Tawadhu' adalah perhiasan orang
yang memiliki kedudukan.
Adab dan budi pekerti adalah perhiasan ilmu.
Rendah hati adalah perhiasan penuntut ilmu.
Khusyu' adalah perhiasan shalat."
Friday, April 26, 2013
Kisah Anak Tupai
Assalamualaikum...salam sejahtera semua. Dah lama tak mengemaskini blog nih.. Nih sajer cuba guna DSLR dari sudut berbeza dan inilah hasilnya.. Cerita kali nih bukan sangat nak cerita pasal budak nih sebenarnya.. Sebenarnya ada cerita lain nak ditulis nih..
Alkisahnya begini;
Ada seekor anak tupai.. Anak tupai nih baru jer graduate dari Universiti Tupai Semalaysia (UTS). Anak Tupai ini ditawarkan bekerja dengan syarikat oil and gas. Oleh kerana pelbagai cerita yang menarik dari industri oil and gas nih, anak tupai ini sangatlah gembira dengan tawaran tersebut. Tanpa berfikir panjang anak tupai pon masuklah kompeni oil and gas tu.
Setelah 5 tahun bekerja dengan gaji yang lumayan di kompeni tersebut, anak tupai ini merasakan dia perlu melompat lebih jauh. Tetapi malangnya perasaan anak tupai ini berbelah bahagi dengn keselesaan hidupnya sekarang. Dia merasakan kalau dia melompat, dia takut jatuh dalam lubang yang asing bagi dia dan dia terpaksa mempelajari selok belok lubang itu sehingga dia dapat keluar dari lubang tersebut.
Maka apa kesudahan anak tupai itu.. A.adakah dia akan melompat lebih jauh. B.adakah dia duduk jer kat kompeni tu atau C.tiada apa-apa yang berlaku....jeng...jeng...jeng...kita tunggu episod akan datang..best gak melalut nihhhhhh...
Tuhan,
Bekalkan aku kudrat iman
yang tulus
Untuk melewati lorong
hidup
Yang penuh onak dan duri
Juga gelombang di laut
masa depan
Jika tenggelam,usahakan timbul
Segalanya dengan izinMu
Monday, February 25, 2013
He get bigger.....
He get bigger (dia semakin membesar)
Allhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi...dia semakin besar,sihat,petah dan lain-lain yang sewaktu dengannnya...Rasanya baru jer tengok budak nih lahir dan saiznya pada masa tu hanya 2 tapak tangan.....
2 gambar diatas diambil di Putrajaya pada waktu malam. Tengok background pon dah tahu kan.. satu lagi gambar (bawah sekali diambil dekat tempat yang pernah diambil pada waktu keciknya).. Nak celoteh panjang rasanya idea dah semakin buntu....tapi sebelum berhenti kat sini....adalah sikit reka ayat (nih beginner punya level heheh)...
Dia sudah besar,
kehidupan didunia...
ada yang indah bagai bulan purnama
ada yang perit bagai terik mentari
Dia sudah besar,
teruskan perjalanan mencari
perjalanan yang disinari
jika kelam kembali pada hakiki
Dia sudah besar,
misteri kehidupan ini...
makin ditanya...
makin banyak persoalannya..
makin diteroka
makin banyak rahsianya
Dia sudah besar,
Walau dimana berada...
Insyallah kami sentiasa disisi....
Syukur dapat jugak tulis apa yang patut kat sini (hakcipta terpelihara nih pasa 2 hari 2 malam x tidur..yerlah tuuuu)....nanti dia dah cukup matang baru dia faham kot....
Subscribe to:
Posts (Atom)