Monday, June 10, 2013
Arnab Senang
Salam......
Kat dalam nih ada gambar tupai...tapi dah lari dah...gambar nih diambil waktu bercuti kat kampung haritu..Tapi bukanlah nak cerita pasal gambar nih sangat. Nih nak cerita tupai yang lari dari gambar tu..
Kisahnya bermuala begini..Pada suatu hari situpai ternampak seseorang hendak mengambil gambarnya(akulah tu), dia pun mulalah berposing maut..nak masuk gambar cam selebriti tu...Tiba-tiba dia rasa lapar teruslah dia lari dari fotoshoot tersebut untuk mencari makanan...
Sedang sang tupai mencari makanan, dia terlihat seekor arnab sedang ke hulu kehilir di tanah yang lapang. Daripada riak wajahnya dan cara fizikalnya, si tupai mengagak arnab nih sedang mencari sesuatu..
"apa yang kau cari nih arnab"
"aku cari gigi palsu aku'
"ooo kau cari gigi palsu.."
Kerana kasihankan arnab, si tupai pon tolong mencari gigi palsu arnab di tanah yang lapang itu walaupun perutnya bekeriutttt lapar..Sudah 3 jam mereka mencari..tapi gigi palsu sang arnab mesih belum dijumpai.
"arnab, gigi palsu kau betul ker jatuh kat sini"tanya situpai
"tak, gigi palsu aku jatuh kat dalam paya sebelah sana"arnab menjawab soalan tupai bersahaja
"habis apasal kita cari kat sini?" tanya situpai
"Dah kat paya tu penuh dengan semak, kotor dan susah nak cari. Aku carilah kat sini..kat sini senang dan tak kotorkan bulu aku nih"
Situpai terkedu dengan jawapan arnab........perut situpai semakin bekeriutttt kelaparan......................
Fikir-fikirkanlah........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment