Thursday, June 13, 2013
Roti Coklat
Comot sikit budak nih..Nih baru lepas makan roti coklat tu mulut comot tu..Cakap pasal roti coklat teringat satu cerita;
Ceritanya begini;
Di suatu kampung tinggal sepasang suami isteri. Mereka tinggal di sebuah rumah yang sederhana. Hidup mereka sangat bahagia. Sang suami ada kegemarnnya. Kegemarnya adalah makan roti dengan disapu coklat jenama xx. Tetapi malangnya si isteri alah pada coklat. maka si suami jer yang makan roti coklat tesebut. Botol coklat tesebut disimpan di dalam peti sejuk. Jika si suami nak makan roti coklat, si isteri pon akan buatkan roti coklat tersebut.
Nak dijadikan cerita, suatu hari si suami meminta tolong si isteri buatkan roti coklat untuknya, tetapi malangnya botol coklat tiada didalam peti sejuk.
isteri: bang...maaf x boleh buat roti coklatlah...
suami: kenapa?
isteri; botol coklat tak ada?
suami: kan botol coklat tu duduk dalam peti sejuk jerr...takkan ada kaki kot.
isteri: tak ada bang.......
suami: aik..semalam saya dah beli baru botol coklat tu..dah letak dah dalam peti sejuk..
isteri: tak ada..
suami: awak makan ek...pastu awak letak kat lain. kan saya dah kata..lepas makan letak balik kat tempat asalnya...........(dengan nada marah)
isteri: tapi abang...........
suami; awak selalu macam tu.........eeeeeeeeeeeee(sang suami sudah bertukar menjadi hijau..kononya)
Oleh kerana roti coklat adalah kegemaran si suami. Si suami terus pergi ke kedai untuk beli botol coklat baru. Sampai sahaja di rumah, si isteri terus menyambutnya. Si suami masih masam mencuka.
isteri: bang saya dah jumpa dah botol coklat yang abang beli.
suami: kat mana?
isteri: dekat meja kerja abang?
Dengan muka terkebil-kebil, barulah si suami teringat....... Si isteri terus belalu pergi membuatkan roti coklat si suami....
dengan emosi yang tak stabil, kita mudah menyalahkan orang tanpa usul periksa.....fikir-fikirkanlah.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment