Assalammualaikum…..
Dua budak nih dah mula masuk tadika dah... dan menjadi tugasan aku untuk menghantar mereka ke sekolah tiap-tiap pagi. Dan tiap-tiap pagi jugalah melihat muka yang blur tetapi cute daripada budak perempuan nih dan mendengar pelbagai alasan daripada budak lelaki nih....
Alasan-alasan yang diberikan oleh budak lelaki nih.
- ”Saya sayang ayah dan ibu, jadi saya kena duduk rumah jaga ayah ibu”
- “Saya rasa arini macam nak demam jerrr”
- “Takker esok sekolah cuti"
- “Rasanya cikgu tak mari arini"
- “Siapa nak main mainan saya kat rumah tu”
Walaupun pelbgai alasan yang diberikan aku akan menjawab “Ayah dan ibu pon sayang awak.. itu pasallah awak kena pergi sekolah untuk jadi lagi pandai (Bukan duduk rumah tak boleh jadi pandai, cuma biar ada persekitaran baru dan melatih jadi lebih berdikari sikit) dan jumpa kawan-kawan baru.
Allamdulilah syukur dua-dua budak ni, perlahan-perlahan menyesuaikan diri dengan alam yang baru ini.
Budak,kalau penuh alasantak kemanakalau tak kemanakatak bawah tempurung…………fikir-fikirkannnnnnn
No comments:
Post a Comment