Wednesday, February 24, 2016

Budak Perempuan



Budak Perempuan...
Budak perempuan, bunga untuk satu ikatan, lagak gaya beza dengan lawannya. Budak perempuan, jauh lagi perjalanan, banyak liku-liku kehidupan,diharap mengorak langkah dengan bijaksana.......




Wednesday, February 10, 2016

Budak Tadika


Assalammualaikum…..
Dua budak nih dah mula masuk tadika dah... dan menjadi tugasan aku untuk menghantar mereka ke sekolah tiap-tiap pagi. Dan tiap-tiap pagi jugalah melihat muka yang blur tetapi cute daripada budak perempuan nih dan mendengar pelbagai alasan daripada budak lelaki nih....
Alasan-alasan yang diberikan oleh budak lelaki nih.
  1. ”Saya sayang ayah dan ibu, jadi saya kena duduk rumah jaga ayah ibu
  2. “Saya rasa arini macam nak demam jerrr”
  3. “Takker esok sekolah cuti"
  4. “Rasanya cikgu tak mari arini"
  5. “Siapa nak main mainan saya kat rumah tu”
budak lelaki ini akan mengulang alasan ini daripada dia bangun pagi sehingga kereta berhenti di depan sekolah tadikanya..Sampai sahaja di depan sekolah tadikanya dia akan berhenti memberi alasan dan akan cakap “ i luv u” dan terus masuk ke sekolah tadika tanpa menoleh ke belakang lagi ("gagal lagi tak nak pergi sekolah arini" kata budak lelaki didalam hati). hehehe……….

Walaupun pelbgai alasan yang diberikan aku akan menjawab “Ayah dan ibu pon sayang awak.. itu pasallah awak kena pergi sekolah untuk jadi lagi pandai (Bukan duduk rumah tak boleh jadi pandai, cuma biar ada persekitaran baru dan melatih jadi lebih berdikari sikit) dan jumpa kawan-kawan baru.

Allamdulilah syukur dua-dua budak ni, perlahan-perlahan menyesuaikan diri dengan alam yang baru ini.

Budak,kalau penuh alasantak kemanakalau tak kemanakatak bawah tempurung…………fikir-fikirkannnnnnn










Sunday, February 7, 2016

Budak 2


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua....





Budak

Budak-budak,
ikhlas,bersih...
tiada noda dan dosa
perlu ada acuan
cantik acuan cantiklah mereka
buruk acuan buruklah mereka
dimana datang acuan
kita....
ibu,ayah
individu dan keluarga
keluarga dan masyarakat
masyarakat dan negara.......
tindakan kita jadi penentu
takut nanti dipersalahkan
dipersalahkan oleh siapa
budak-budak....
fikirkan...........

@woks



Tuesday, February 2, 2016

Budak


Budak adalah budak. Budak befikir secara budak, tapi ada orang tua berfikir macam budak. Budak cakapnya, perbuatannya ikhlas..Orang tua penuh agenda dan belok-beloknya. Budak bersahabat siapa sahaja,orang tua memilih bulu sentiasa..Tapi sebelum jadi tua, bukankah kita pernah jadi budak???




Tuesday, January 26, 2016

Raikan Cinta 2015

Assalammualaikum, salam sejahtera...

Dah lama tak memanaskan laman yang suam-suam kuku ni. Oleh kerana takut blog ini terus lenyap dari alam siber ini, saya letak dua keping gambar perkahwinan yang diadakan pada hujung tahun lepas (2015). Didoakan jalinan suci diantara adam dan hawa ini kekal hingga akhir hayat.Aminn......




Monday, September 28, 2015

Amanah Tuhan

Assalammualaikum... update sikit pasal lama sangat dah bersawang...


AWOKS28/9/2015

Saturday, February 7, 2015

Picture

Assalammualaikum....
 Keadaan hidup yang agak sibuk sekarang ini, menyebabkan blog agak bersawang. Sempena tahun baru ini (walapun dah masuk bulan 2). Saya ucapkan selamat tahu baru dan jadikan tahun ini lebih baik dari semalam. Gambar2 gambar dibawah diambil semasa kami jalan-jalan carik makan.






Minit berganti jam,
jam berganti hari,
hari berganti minggu,
minggu berganti bulan,
bulan berganti tahun,
Masa terus berlalu,
Bayi menjadi budak,
Budak menjadi remaja,
remaja menjadi dewasa,
dewasa menjadi tua.
Tiada yang kekal didunia,
Masa yang penuh baraqah,
Hidup yang penuh baraqah,
Atau sebaliknya..
Fikir, rasa, nilai.
Akhirnya ada sesuatu
Daripada tiada apa-apa...

AWOKS