Tuesday, September 16, 2014

Bunga





Bunga...
Omputihnya flower. Kalau inginkan bunga berkembang mekar dan cantik, perlulah di jaga daripada biji benih lagi. Disiram dibaja dibelai dan sebagainya. Bercakap pasal bunga nih, teringat satu kisah. Kisah ini tidak ada kaitan langsung dengan kisah TUPAI. Samaada tupai yang hidup ataupun yang telah mati.

Kisahnya begini....
  Ada satu taman yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan. Didalam taman tersebut ada dua tumbuhan yang berkawan baik. tumbuhan tersebut ialah bunga Mawar dan Kaktus. Persahabatan mereka menyebabkan tumbuh-tumbuhan lain berasa irihati.
  Pada suatu hari tumbuhan yang bernama orkid menyapa kaktus.

Orkid : Kaktus!! kau tak malu ker berkawan dengan mawar tu.
Kaktus: Kenapa nak malu lak
Orkid: Yerlah dia cantik,wangi, slim dan macam-macam lagi. Engkau ada apa?Hodoh dan berduri
            adalah..

   Kaktus terus terdiam dan sedih setelah mendengar kata-kata Orkid itu. Perbualan antara Orkid dan Kaktus didengari oleh Mawar.

Mawar: Kenapa kau nak sedih Kaktus
Kaktus: Aku tak sama macam kau
Mawar: Kau patut berasa beruntung Kaktus. Disebabkan aku cantik dan wangi nih..Lebah dan
              serangga-serangga lain kacau aku. Manusia pula suka ambil kawan-kawan aku yang lain
              untuk diletakkan di kepala. Engkau pulak. Ada ke sesiapa yang berani kacau kau?...
  Kaktus termenung setelah mendengar kata-kata Mawar tadi..........fikir-fikirkanlah...

Tuesday, September 9, 2014

Abang dan Adik II




Si abang mula mengenali tanggungjawab sebagai seoarang abang....si adik mula mengenali sahabat pertamanya......