Wednesday, January 29, 2014
Tupai oh Tupai
Assalamualaikum...
Apa khabar... diharap sihat semua.. harinih nak sambung sikit kisah tupai nih, dan gambar diatas menunjukkan seorang budak mencari -cari dimanakah tupai bersembunyi...
Kisahnya begini, satu mesyuarat telah diadakan diantara tupai-tupai di sebuah kebun. Mesyuarat itu telah dinamakan mesyuarat tupai sekebun. Mesyuarat tupai sekebun terdiri daripada 3 ekor tupai tua dan 5 ekor tupai muda. Agenda mesyuarat tupai sekebun mengenai mengelakkan diri daripada dibunuh tuan kebun dengan senapang gajah.
Tupai tua1 : Saya ada cadangan, untuk mencari makanan dikebun ini, kita kena keluar pagi-pagi sebab
tuan kebun selalu datang petang.
Tupai tua2 : Saya menyokong dengan cadangan tupai tua 1, dan saya ingin menambah sikit. Anak-anak
tupai yang nak keluar mesti ditemani tupai dewasa
Tupai tua3 : Saya sokong.
Tupai muda1 : Kenapa susah-susah kita letak gelang kaki yang ada loceng kat kaki pekebun tu....
(dengan perasaan bangga). Kalau pekebun tu datang dari jauh dah kita boleh dengar dan
bersembunyi...
Tupai muda2 : saya sokong tupai muda 1
Tupai muda3,4,5 : Saya sokong. Kami bangga dengan tupai muda1.
Tupai tua1: Tapi camna nak letak gelang kaki tu kat pekebun dan pekebun tu lelaki.....
Semua tupai muda terlopong dan terpinga-pinga...........fikir-fikirkanlah...
Subscribe to:
Posts (Atom)