Friday, December 28, 2012

Aku, Mereka dan Majlis kahwin...




Allhamdulillah....berjaya jugak ambik gambar wedding and siapkan photo book untuk pasangan ini...Ucapan tahniah daripada awoks dan keluarga..Semoga berkekalan hingga akhir hayat... Terima kasih juga kepada Azri dan pasangannya mengizinkan hamba untuk menguploadkan gambar kahwinnya......

Thursday, December 20, 2012

Aku, Mereka dan Langkawi....part 2


KAWASAN BERTEDUH YANG DIDUDUKKI
PEMANDANGAN DEKAT KAWASAN BERTEDUH (TEPI PANTAI )
HUTAN LIPUR TELAGA TUJUH
SEBELUM PERJALAN NAIK KE TELAGA TUJUH
SEBELUM PERJALANAN NAIK TELAGA TUJUH(BELAKANG GUNUNG MAT CINCANG)
HARI TERAKHIR DI LANGKAWI


Salam...kita sambung balik melalut untuk part 2, geng-geng FKL(bukan nama sebenar) bercuti di langkawi..
Hari pertama:
  Baru sampai di Langkawi (sampai petang), setelah berpenat lelah mengharungi segala dugaan dan cabaran untuk mendapatkan tiket feri (sila baca part 1). Sampai sajer di terminal Langkawi, perjalanan diteruskan dengan menggunakan MPV power yang disewa untuk menuju ke tempat berteduh (motel) di pantai Chenang. Di dalam perjalanan tersebut, kami singgah sebentar di kedai makan untuk mengisi  perut yang lapar ini...(itupon nak cerita hahaha).
  Sampai di tempat berteduh, semuanya merehatkan diri di dalam bilik masing-masing sebelum meneruskan agenda seterusnya...
  Apabila selesai merechargekan diri( nih kalo kakak aku baca nih habis kena dengan ayat terbalik kot sekali nih), kami meneruskan agenda seterusnya dengan melawat kawasan dan membeli belah pintu (jadik YB kawasan sekali) dekat kawasan pantai Chenang. Ramai jugak yang bercuti dekat sini dalam negara dan luar negara, tetapi malangnya walaupun langkawi nih tempat perlancongan, infrastruktur dan kemudahan disini tidak dijaga dengan baik. Jalan raya yang rosak tak dibaiki, bangunan tinggal banyak (memburukkan pemandangan) dan lain-lain lagi..Alamak terlebih mengomel lak...
Hari kedua:
  Pagi-pagi dah bangun, untuk menunaikan kewajipan kepada tuhan dan melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan seterusnya mencari sesuap atau bersuap-suap makanan untuk sarapan pagi. Hajat dihati nak makan roti canai, tetapi tidak kesampaian...(susah jugak nak cari roti canai kat sini semua makanan berat ataupun mungkin kami tak pandai cari). Maka makanlah nasik di pagi hari.
  Setelah semua tangki dah penuh, kami meneruskan perjalanan ke telaga tujuh. Nak pergi ke telaga tujuh nih, kena mendaki banyak anak tangga (atas bukit) baru sampai. Sebelum sampai di kawasan telaga tujuh, ada air terjun yang membolehkan pengunjung mandi manda....Kami berehat disitu sambil mandi manda...Dari telaga tujuh kami terus pergi ke Idamansuri untuk membeli coklat-coklit (teringat ker anak bini..hadiah dari Langkawi) dan kat sini pingang mangkuk pon boleh beli.. Tak cukup Idamansuri, kami pergi dekat Haji Ismail( untuk pengetahuan kat sini pon boleh beli coklat dan pinggang mangkuk)..Destinasi terakhir untuk hari kedua ialah Kota Mahsuri (lawatan sambil belajar katakan....).Dan acara terakhir untuk petang tu adalah banana boat ride.Seronok gak naik menatang nih (sapa-sapa yang tak tahu banana tu adalah sejenis pengangkutan air yang berbentuk pisang dan boleh dinaiki seramai tujuh orang dan ditarik oleh speedboat,)
Hari ketiga:
  Hari untuk balik berjumpa dengan anak bini...(dah rindu dah ke anak bini)...apa-apahal pon "sejauh mana kita berjalan, pangkal jalan jangan dilupakan......."

Wednesday, December 19, 2012

Aku, Mereka dan Langkawi... part 1




KL SENTRAL


KERETAPI SENANDUNG LANGKAWI

BERGAMBAR SEBELUM BERANGKAT

DALAM KERETAPI
STESEN ARAU

TERMINAL KUALA PERLIS
SAMPAI...LANGKAWI

 Sekali lagi datang ke Langkawi... tetapi kali nih dengan geng-geng FKL. Perjalanan bermula di KL sentral..naik keretapi senandung langkawi (first time naik best wooo) terus ke arau perlis. Dari arau sewa teksi terus ke terminal kuala perlis.Part nih kurang seronok atau beronok-ronok (masa beli tiket kat terminal)...
 Ada ke patut nak beli tiket pon susah kena beratur dekat sejam lebih oo...Sebab kaunter tiket ada satu dan dimonopoli oleh satu syarikat (maka  tiada persaingan yang sihat antara syarikat feri ...dah ada satu jerr syarikat feri kan, yang terima malangnya adalah pengguna).. Menyumpah seranah jugaklah member-member aku tu..Satu lagi yang tak seronoknya kat terminal nih, syarikat yang memonopoli nih tak ada sistem keluar masuk penumpang..jadi keadaan kelam kabut dekat jeti dan dalam feri..kambing biri-biri betul syarikat nih.....Jadi siapa yang berkaitan terbaca atau sengaja baca blog nih buatlah sesuatu dengan syarikat biri-biri tersebut (tak tulis nama syarikat pon orang tau sebab kat teminal kuala perlis tu ada satu jerrr syarikat...senang nak cari).
 Daripada aku melalut lagi tentang syarikat bri-biri nih, baik sambung balik cerita...akhirnya aku and the geng pon sampai allhamdulilah.....to be continue dengan izin tuhan...