Friday, December 28, 2012
Aku, Mereka dan Majlis kahwin...
Allhamdulillah....berjaya jugak ambik gambar wedding and siapkan photo book untuk pasangan ini...Ucapan tahniah daripada awoks dan keluarga..Semoga berkekalan hingga akhir hayat... Terima kasih juga kepada Azri dan pasangannya mengizinkan hamba untuk menguploadkan gambar kahwinnya......
Thursday, December 20, 2012
Aku, Mereka dan Langkawi....part 2
KAWASAN BERTEDUH YANG DIDUDUKKI |
PEMANDANGAN DEKAT KAWASAN BERTEDUH (TEPI PANTAI ) |
![]() |
HUTAN LIPUR TELAGA TUJUH |
![]() |
SEBELUM PERJALAN NAIK KE TELAGA TUJUH |
![]() |
SEBELUM PERJALANAN NAIK TELAGA TUJUH(BELAKANG GUNUNG MAT CINCANG) |
![]() |
HARI TERAKHIR DI LANGKAWI |
Salam...kita sambung balik melalut untuk part 2, geng-geng FKL(bukan nama sebenar) bercuti di langkawi..
Hari pertama:
Baru sampai di Langkawi (sampai petang), setelah berpenat lelah mengharungi segala dugaan dan cabaran untuk mendapatkan tiket feri (sila baca part 1). Sampai sajer di terminal Langkawi, perjalanan diteruskan dengan menggunakan MPV power yang disewa untuk menuju ke tempat berteduh (motel) di pantai Chenang. Di dalam perjalanan tersebut, kami singgah sebentar di kedai makan untuk mengisi perut yang lapar ini...(itupon nak cerita hahaha).
Sampai di tempat berteduh, semuanya merehatkan diri di dalam bilik masing-masing sebelum meneruskan agenda seterusnya...
Apabila selesai merechargekan diri( nih kalo kakak aku baca nih habis kena dengan ayat terbalik kot sekali nih), kami meneruskan agenda seterusnya dengan melawat kawasan dan membeli belah pintu (jadik YB kawasan sekali) dekat kawasan pantai Chenang. Ramai jugak yang bercuti dekat sini dalam negara dan luar negara, tetapi malangnya walaupun langkawi nih tempat perlancongan, infrastruktur dan kemudahan disini tidak dijaga dengan baik. Jalan raya yang rosak tak dibaiki, bangunan tinggal banyak (memburukkan pemandangan) dan lain-lain lagi..Alamak terlebih mengomel lak...
Hari kedua:
Pagi-pagi dah bangun, untuk menunaikan kewajipan kepada tuhan dan melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan seterusnya mencari sesuap atau bersuap-suap makanan untuk sarapan pagi. Hajat dihati nak makan roti canai, tetapi tidak kesampaian...(susah jugak nak cari roti canai kat sini semua makanan berat ataupun mungkin kami tak pandai cari). Maka makanlah nasik di pagi hari.
Setelah semua tangki dah penuh, kami meneruskan perjalanan ke telaga tujuh. Nak pergi ke telaga tujuh nih, kena mendaki banyak anak tangga (atas bukit) baru sampai. Sebelum sampai di kawasan telaga tujuh, ada air terjun yang membolehkan pengunjung mandi manda....Kami berehat disitu sambil mandi manda...Dari telaga tujuh kami terus pergi ke Idamansuri untuk membeli coklat-coklit (teringat ker anak bini..hadiah dari Langkawi) dan kat sini pingang mangkuk pon boleh beli.. Tak cukup Idamansuri, kami pergi dekat Haji Ismail( untuk pengetahuan kat sini pon boleh beli coklat dan pinggang mangkuk)..Destinasi terakhir untuk hari kedua ialah Kota Mahsuri (lawatan sambil belajar katakan....).Dan acara terakhir untuk petang tu adalah banana boat ride.Seronok gak naik menatang nih (sapa-sapa yang tak tahu banana tu adalah sejenis pengangkutan air yang berbentuk pisang dan boleh dinaiki seramai tujuh orang dan ditarik oleh speedboat,)
Hari ketiga:
Hari untuk balik berjumpa dengan anak bini...(dah rindu dah ke anak bini)...apa-apahal pon "sejauh mana kita berjalan, pangkal jalan jangan dilupakan......."
Wednesday, December 19, 2012
Aku, Mereka dan Langkawi... part 1
![]() |
KL SENTRAL |
![]() |
KERETAPI SENANDUNG LANGKAWI |
![]() |
BERGAMBAR SEBELUM BERANGKAT |
![]() |
DALAM KERETAPI |
![]() |
STESEN ARAU |
Sekali lagi datang ke Langkawi... tetapi kali nih dengan geng-geng FKL. Perjalanan bermula di KL sentral..naik keretapi senandung langkawi (first time naik best wooo) terus ke arau perlis. Dari arau sewa teksi terus ke terminal kuala perlis.Part nih kurang seronok atau beronok-ronok (masa beli tiket kat terminal)...
Ada ke patut nak beli tiket pon susah kena beratur dekat sejam lebih oo...Sebab kaunter tiket ada satu dan dimonopoli oleh satu syarikat (maka tiada persaingan yang sihat antara syarikat feri ...dah ada satu jerr syarikat feri kan, yang terima malangnya adalah pengguna).. Menyumpah seranah jugaklah member-member aku tu..Satu lagi yang tak seronoknya kat terminal nih, syarikat yang memonopoli nih tak ada sistem keluar masuk penumpang..jadi keadaan kelam kabut dekat jeti dan dalam feri..kambing biri-biri betul syarikat nih.....Jadi siapa yang berkaitan terbaca atau sengaja baca blog nih buatlah sesuatu dengan syarikat biri-biri tersebut (tak tulis nama syarikat pon orang tau sebab kat teminal kuala perlis tu ada satu jerrr syarikat...senang nak cari).
Daripada aku melalut lagi tentang syarikat bri-biri nih, baik sambung balik cerita...akhirnya aku and the geng pon sampai allhamdulilah.....to be continue dengan izin tuhan...
Thursday, November 29, 2012
Wednesday, November 28, 2012
Aku, Dia, Budak Kecik dan Sabah part 2
![]() |
KINABALU PARK |
![]() |
KARAMBUNAI |
![]() |
PULAU MANUKAN |
![]() |
PULAU MANUKAN |
![]() |
PULAU MANUKAN |
![]() | ||
PULAU SAPI |
Part 2.. Sabah memang besar dan banyak pulau.....dan yang paling menarik ialah gunungya. Gunung Kinabalu. Dari Kota Kinabalu nak ke Kinabalu Park tu kalo nak memandu kereta, ambik masa dalam 1 jam setengah. Walaupun agak jauh tapi memang berbaloi. Walaupun tak dapat naik gunung disebabkan ketidak izinan tubuh badan yang begitu fit dan bergaya nih, maka duduk dan bergambar sakan kat kaki gunung pun dah ok. (dalam hati ada gak keinginan nak naik satu hari nanti..heheh.).
Sebelum semakin melalut lagi nih dan dah takder idea nak tulis, sambung lain kali lah pulak....nih nak bagi satu kata-kata;
"Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya
menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak".
P/s: Nan,Mat duang,Wady,Yen..bila awok2 mung nok naik gunung...(ecer ngan cho dah sapa dah)....
Friday, November 23, 2012
Aku, Dia, Budak Kecik dan Sabah part 1
![]() |
JESSELTON POINT |
![]() |
JESSELTON POINT |
![]() |
RUMAH TERBALIK |
![]() |
KINABALU PARK |
![]() |
KINABALU PARK |
"Semakin jauh kita berjalan, Semakin banyak kita belajar, Semakin mendalam kesedaran kita, betapa kerdilnya diri ini berbanding kekuasaan Tuhan yang maha agung......"
Friday, October 19, 2012
Vietnam (Ho Chi Minh City)
"Jom kita pergi vietnam"kata boss aku kat aku...sebab baru balik dari offshore, macam malass jer nak ikut...Tapi disebabkan ini adalah urusan kerja dan juga boss aku yang bayar gaji, jadi ikut jerrrlah......Atas adalah gambar-gambar yang sempat aku ambik..... Dua gambar yang paling atas adalah kawasan tempat aku menginap daerah 6 Ho Chi Minh. Gambar ketiga dekat VUNTAU... area aku jumpa client...Gambar keempat nih dah nak balik dah nih ke Malaysia.....
Wednesday, August 29, 2012
Salam Aidilfitri 2012



Allhamdulillah kita masih lagi dapat bertemu Ramadhan dan Syawal tahun ini...Diharapkan tahun depan tuhan masih mengizinkan kita untuk bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal ini...Sebab hidup mati dan segala yang berlaku adalah kuasa tuhan... apa yang boleh kita buat adalah berusaha, bertawakal, berdoa dan mengikut segala perintahNYA dan meninggalkan segala yang dilarangNYA...satu syair yang dipetik dari sebuah buku-
Berpalinglah dari kerisauanmu,
Serahkan urusan kepada qadha,
Nikmatilah lamanya keselamatan,
Akan menghiburmu atas apa yang telah silam,
Mungkin perkara yang kecil telah membesar
dan perkara yang besar telah mengecil,
Betapa banyak perkara yang dibenci
namun berakhir dengan keredhaan,
Tuhan, berbuat apa yang Dia kehendaki,
Janganlah kritik terhadap perbuatan-NYA..
Serahkan urusan kepada qadha,
Nikmatilah lamanya keselamatan,
Akan menghiburmu atas apa yang telah silam,
Mungkin perkara yang kecil telah membesar
dan perkara yang besar telah mengecil,
Betapa banyak perkara yang dibenci
namun berakhir dengan keredhaan,
Tuhan, berbuat apa yang Dia kehendaki,
Janganlah kritik terhadap perbuatan-NYA..
Salam Aidilfitri 2012
Saturday, July 14, 2012
Sunset at MIRI Anchorage


Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
Offshore Activities part 3- Relax or Santai
Tuesday, July 10, 2012
Offshoreman....part 1


Jauh dimata dekat dihati, Ikan dilaut, asam didarat, dalam periuk bertemu
jua....
dan satu lagi..
Malam semakin larut,
lautan kelihatan tenang,
Jasad yang jauh hati sentiasa dekat,
Tiada apa kelihatan,
Hanya hati yang terbayang-bayang,
Monday, June 18, 2012
Mutira kata..

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Thursday, June 14, 2012
Father and son....

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
renung-renungkan....
Monday, June 11, 2012
Zahin and Ibu Bercuti...
Subscribe to:
Posts (Atom)